Official hD17

Official hD17

Friday, February 5, 2016

Hello Boracay! (Part 4)

Assalamualaikum and hello.

Mood tengah rajin ni gigihlah hD habiskan holiday kat Boracay. So, tibalah last day kami kat Boracay.. Pagi tu seawal pukul 5 pagi kami da bangun (dioranglah, hD bangun paling lambat! haha)


So, lepas da siap2 tu kami pun keluar la nak tengok pantai (belom check out lg).. menikmati hari terakhir di Boracay =(

Tak ramai org lagi waktu tu.. jadi takde la sesak sangat..memang tenang la pegi pantai pagi tu..








Kecantikan air laut tu dibantu oleh pancaran matahari. Masa ni matahari belom terbit lg..kalo ade matahari memang cantik sangat..dapat tengok air laut warna biru =)

So ape lagi, kami abadikan momen2 terakhir disini..












We Love Boracay =)



Nak balik hotel sempat singgah membeli lg =)



Dah abis melihat keindahan pantai tu, kami balik semula ke hotel..pukul 7.15 pagi kami check out..

Oleh sebab kami tak booking transport utk ke jetty, jadi kami sewa tricycle.. harga untuk ke jetty 150 peso, yg ni dijah belanja..thank u dijah =)

Pukul 7.50 kami sampai jetty tu. Nasib baik tak jem! hD tunjuk voucher untuk boat..memandangkan dah bayar, just tunjuk je bukti pembayaran.. (sebab masa kami datang, ticket boat n bus suruh claim waktu balik)

Mula2, diorang cari nama takde..terkejut jugak lah..rupa2 nya dia cakap kami datang terlalu awal haha.. takpelah awal, jangan lambat sudah! ada hikmah kami datang awal sebenarnya..

Ada satu cerita, masa hD nak check nama kt kaunter tu, ada la sorang perempuan filipina ni, tak puas hati dengan service diorang..tahu sikit2 je la..yg hD paham pihak southwest ni tertinggal diorang kt hotel kot..mcm tu lah rasanya..tp siap kol pihak atasan lah.. paling hD ingat dia cakap " listen to me, after this i will not using ur service.." dia cakap sambil marah2 n hempas telefon..masa tu da terbayang telenovela filipina, yg berlakon jd perempuan jahat hahah...tinggi gila imaginasi aku!

Dah, abaikan perempuan tu..lepas da setel sume tu, kami pun tunggu boat nak amik kami..  pukul 8.15, kami naik boat.. dalam 15 minit dah sampai Caticlan Jetty..




Lepas tu dalam pukul 9, kami naik bus..oleh sebab letih, bus tak jalan lg kami semua dah tido haha..




Bangun kejap sebab makan coklat pastu tido balik hahah...tp masa bangun tu memang perasan la bas gerak lambat sangat, rupanya jem..mengikut pengetahuan hD, jem sebab ada ati atihan festival..

Pukul 12.45 kami sampai...perghh sakit pinggang n kaki...sepatutnya naik bus dalam 2 jam jadi 3 jam 45 minit...masa tu, hanya Allah je yg tahu...dok terfikir2 gak la, kalo kami keluar lambat td.. risau jugak takut tertinggal flight..huhu

Kat airport tu, sebelum pergi kat imigresen, kena bayar airport tax 700 peso..yang ni wajib bayar..kalo datang sini mase ari first tu,asingkan duit siap2 takut terguna. 

Dah setel sume urusan tu, kami pun tunggulah kat bahagian atas airport tu.. best kat atas tu, internet laju..leh update apa2 yg patut! masa tu masing2 anti social..dok hadap hp je hahah




Pukul 2.35 petang kami boarding dan 3.15 petang bergeraklah kami balik ke bumi Malaysia..Good bye Philippines..

Duduk je kat tempat masing2 sume pegang menu nak order makanan..lapar punya pasal! haha




Thai Basil Chicken with Rice (pau my sis haha)


Pukul 6.45 petang kami sampai di Malaysia...syukur alhamdulillah =)

Maka, tamatlah percutian ke Boracay ni..so bg hD, holiday kat Boracay ni memang sangat2 best! Tak rugi pun kalau pergi.. dengan pantai yg cantik, orgnya peramah, kawasan yg sangat bersih, jejaka2 yg sangat handsome hahah n etc lah..

Budget overall untuk holiday kat boracay lebih kurang rm 1300.. btw kalau nak buat aktiviti lain or nak shopping sakan, bawak la duit lebih =)

Thank you for reading my blog..next time insyaAllah holiday kat tempat lain pulak...see yaaa! 







No comments:

Post a Comment