Official hD17

Official hD17

Tuesday, January 26, 2016

Hello Boracay! (Part 2)


Assalamualaikum and hello.

Kali ni hD nak cerita hari kedua dekat Boracay..Excited kami pagi tu sebab tak sabar nak tengok laut. Pukul 9 pagi tourist guide kami, Jefry dah tunggu kat luar hotel nak jemput kami breakfast and island hopping. 

Memandangkan breakfast dah termasuk sekali, so tak payah susah2 nak cari makan. Diorang faham kami ni muslim, so diorang recommended ape yang boleh makan. Tempat breakfast kat restoran tepi pantai...perghh, cantik sangat. Subhanallah =)






Untuk breakfast, boleh pilih sama ada nak nasi atau roti makan dengan telur..jadi hD pilih roti sebab ringan sikit..minum pulak dengan hot chocolate memang pergh la haha..

Lepas breakfast, kami pun berjalan menuju ke Station 3. Untuk pengetahuan, semua boat2 nak pergi island hopping memang kat station 3 sebab terletak kat hujung sekali. Lagipun kalau kat tengah2 memang bahaya. Maka berjalanlah kami melihat keindahan pantai. Walaupun agak jauh tapi tak terasa sebab kat situ korang boleh tengok la gelagat2 orang..Tengah2 jalan tu memang banyak orang jual2 pakej, cermin mata, topi n etc. Diorang ni peramah sampai tak larat nak senyum and layan sebenarnya..haha

Akhirnya, sampai la dekat boat. Memandangkan kami naik private boat, memang best sebab tak payah kongsi dengan orang lain..



Ni boat kami


Posing dulu


Perjalanan nak ke Crystal Cove Island ni lebih kurang 30 minit. Ikut keadaan lautlah. Mula2 memang excited sebab tengok air laut yang cantik berwarna biru. Pastu, memang seram lah naik boat tu, boat kami lawan arah angin dan ombak sangat besar..terhuyung hayang boat tu. Bayangkan, masa tu boat kami atas ombak tetiba datang pulak ombak yang besar..memang masa tu tak putus2 baca doa. Perjalanan nak pergi Crystal Cove tu memang adventure lah..kena berani!  selamat hD tak mabuk laut! haha

Akhirnya, lepas berperang dengan ombak yang menyeramkan tu, kami pun dah sampai ke Crystal Cove Island...wahh, Subhanallah..cantik sangat. Berbaloi tengok ciptaan Illahi =)

Nak masuk ke dalam tu kena bayar 200 peso. Yang ni tak termasuk dalam package, kena bayar asing2. 





Dekat dalam tu, tak putus2 cakap cantik sangat! haha. Serius memang cantik. Kalo korang pegi Boracay, memang Crystal Cove ni destinasi wajib la untuk pergi walaupun jalan agak adventure. 





Memang keje kami kat situ amik gambar je haha..Kat sini angin tiup sangat kencang plus matahari terik. 

Kat pulau ni ada 2 cove, kami sempat masuk 2 cove ni. Untuk cove 1,nak masuk  kena hati2 sebab curam..Tangga pun sempit, boleh sorang je guna untuk satu masa. 




Cove 1






Meh duduk sekali =)



Pemandangan belakang serius cantik!


Dah puas berjalan area sini, Jefry bawak kami ke Cove 2. Tempat ni agak luas, jadi memang makan masa nak jalan. 



Jalan masuk Cove 2



Berbeza dengan Cove 1 tadi, nak masuk Cove 2 ni korang kena merangkak, tapi tak lame pun. 


Dah pusing island tu lebih kurang sejam lebih, kami pun nak balik ke boat. Tapi sebelum tu memang wajib la posing tepi pantai hihi






Perjalanan balik tak seseram pergi tadi. Sebab kami jalan ikut arah angin, jadi angin tolak boat kami..selamat! hehe

Lepas tu, kami berhenti kat kawasan nak snorkelling. Yang ni termasuk dalam package. 




Hanya hD, Dijah and Syami je yang snorkelling. Tapi hD kejap je sebab berombak sangat,lain macam rasa haha. Snorkelling dibenarkan kat tepi boat tu sambil pegang tali. 

Hampir 40 minit snorkelling, kami pun balik ke pantai. Jefry siap offer nak buat boat sailing dgn harga 300 peso. Kami pun setuju je sebab agak murah. Untuk boat sailing tu, Jefry akan jemput kat hotel pukul 5. 

hD sempat singgah beli mango fruitshake dgn harga 80 peso..not bad la rasa nya =)

Sambil jalan balik tu, kami saje survey untuk aktiviti esoknya. Tetiba, jumpa seorang agen ni, Paquito Fantinalgo. Bincang sambil tawar menawar dengan Paquito ni, kami ambik package zipline and cable car dengan harga 750 peso seorang. Yang ni termasuk transportation sekali. Kalo korang nak cari agen untuk aktiviti2 ni, make sure tanya abis2 tau..sebab ada sesetengah ni menipu, ada bayaran tambahan pulak lepas tu..alhamdulillah Paquito ni jujur..huhu

Lepas puas berjalan tu, kami balik hotel untuk lunch (megi n biskut) dan berehat2 sebelum nak buat aktiviti petang tu.

Pukul 5 petang, Jefry jemput kami untuk buat aktiviti boat sailing. Aktiviti ni kat area station 2 je. 



Memang best boat sailing ni sebab dapat tengok sunset sambil minum air laut haha..kalau korang pergi boracay, aktiviti ni antara wajib buat sebab tak rugi pun. Boat sailing ni makan masa dalam 30 minit dan waktu sesuai pukul 5.30 - 6.00 petang. 







Dah senja, jom balik..huuu



Untuk malam tu pulak, pukul 8.30 malam kami keluar dan round sekitar station 2. 


Hello from the other side =)


Cantik diorang lukis


Tengok signboard ni, jalan nak masuk area D'Talipapa





Halal Food milik masyarakat Mindanao 



murah n cantik

Lepas puas berjalan dan shopping, kami terus balik hotel. Untuk dinner, just beli nasi dekat halal food tu and makan Brahim (untung ada brahim haha). Nikmat makan rendang daging dan ayam masak merah macam dah lama tak jumpa makanan Malaysia padahal baru 2 hari hahah =D



Pix from Google


Maka tamatlah cerita hari kedua di Boracay..nanti sambung lain pulak..thank you sebab sudi singgah =)































Saturday, January 23, 2016

Hello Boracay! (Part 1)

Assalamualaikum and hello semua..dah seminggu percutian hD kat Boracay..kejap rasanya..huhu..ramai jugak kawan yang tanya Boracay tu kat mana..so, ni hD bagi details sikit pasal Boracay hasil ihsan wikipedia..haha

Boracay (sebutan Borakai) adalah sebuah pulau kecil di Filipina terletak kira-kira 315 km (196 batu) selatan Manila. Pulau ini ditadbir oleh Pihak Berkuasa Pelancongan Filipina dan kerajaan wilayah Aklan. Selain dikenali sebagai pantai pasir putih (White Beach), Boracay juga terkenal sebagai salah satu destinasi terbaik di dunia untuk bersantai dan berhibur pada waktu malam. Pada tahun 2012, Boracay telah dianugerahkan sebagai pulau yang terbaik di dunia daripada majalah Pelancongan Antarabangsa Travel + Leisure. =)

Masa yang sesuai untuk ke Boracay ni adalah pada Nov-May, so kalo pergi Jun-Oct tu payah sikit la sebab selalu hujan. Kalau nak buat aktiviti laut pun kena tengok keadaan dulu la tp kebanyakkannya diorang tak bagi buat. Yang paling okay nak pergi bulan May dan Disember tapi May tu waktu panas sangat, kena tahan..Disember pulak waktu sejuk..so best la sikit..

Waktu kat Boracay ni sama macam kat Malaysia tapi diorang cerah and gelap lebih awal, macam kat Sabah la..

Percutian yang disertai oleh hD, Mariea, Dijah, Lily dan Syami telah dirancang dalam masa lebih kurang 4 bulan. hD beli tiket flight (Air Asia) masa MATTA FAIR bulan September 2015. Percutian ni 4 hari 3 malam bermula 14 January - 17 January 2016. Ingatkan nak pegi bulan 11, tapi ticket bulan 11 agak mahal so kami tunda sampai bulan 1. Harga untuk ticket adalah RM 474.24 return termasuk food mase pergi tu. Nak bagi tips, sape yang nak pergi tu better makan kat dalam flight sebab nanti sampai sane susah pulak nak cari makan memandangkan banyak transportation korang kena naik sebelum sampai ke hotel. 

Nak ke Boracay ni ada 2 cara:

1) Flight dari Kul ke Kalibo Airport, lepas tu naik bus/van (2jam) ke Caticlan 
2) Flight dari Kul ke Manila, flight dari Manila ke Caticlan 

So, hD pilih cara yang first tu, lg murah =)

Penerbangan dari KLIA2 pukul 10.50 pagi telah mengambil masa hampir 4 jam untuk sampai ke Kalibo Airport. 



Buku merah jangan lupa bawa =)




Harus posing dulu!!


Tak sabar!




Good Bye Malaysia!




Serius sedap! Tak tipu


Cantik gunung ganang tuu..


Pukul 2.30 petang, hD sampai ke Kalibo Airport (sampai awal daripada masa yang dijangkakan). Melihat keindahan panorama masa nak turun tu buatkan hD sedikit teruja bila sampai. Betol la ada sape yang penah berkunjung kat sini, diorang ada bagitahu yang airport ni memang tak berapa selamat sbb tak scan pun lepas pihak imigresen check passport..check2 beg pun macam tu je..hek eleh! Masa nak turun flight tu, stewardess bagi borang utk diisi. Tak sempat nak tangkap pix sbb rushing time tu. 

Korang kena prepare maklumat2 : 

1) Passport 
2) Ticket flight
3) Isi departure card
4) Isi maklumat kesihatan
5) Salinan tempahan hotel

So, maklumat2 tu wajib ada utk kesenangan korang nanti. Sebelum bertolak ke Boracay, hD dah siap buat tempahan online untuk transportation ke Caticlan Jetty. 



Transportation ni korang boleh tempah online atau beli sendiri..Tempah online mahal sikit tapi agak menyenangkan korang. Kalau korang nak tempah online korang boleh pergi ke southwesttoursboracay.com. 

Khemah southwest ni, lepas korang keluar je dari airport tak payah tengok kiri kanan, terus je ke depan sebab khemah southwest ni betol2 depan pintu airport tu. Sape yang order online tu just tunjuk voucher kat diorang. 

Untuk package southwest ni, hD pilih bus ke caticlan jetty, boat and environmental fees. Harga dalam rm 100 (1080 peso) pergi balik. 

Lepas da settle sume tu, pihak southwest bawak la kami ke bus.. biasanya diorang akan tunggu bus penuh dulu baru jalan. btw driver bus mcm muka hero temptation of wife ..haha. Tepat pukul 3.30 petang bus pun gerak la menuju ke destinasi. 




ati atihan festival, jalan agak sesak



sawah padi



nak sampai dah!


Kebiasaannya baca blog2 lain, bus ni akan berhenti tapi bus kami tak berhenti pun. Terus jalan je mungkin masa tu dah lambat kot. Tak kisah pun sebab best sangat tengok panorama sepanjang perjalanan tu haha.. Pukul 5.15 petang, kami da sampai ke Caticlan Jetty. Waktu pun dah nak gelap.





Pukul 6.00 petang kami naik boat. Perjalanan dalam 15 minit. Memandangkan kami tak ambik package utk ke hotel dengan southwest tu, kami naik tricycle (antara transportation utama) menuju ke hotel. Kos murah, hanya 125 peso/5 = 25 peso sorang. 

Boracay ni besar, ada 3 station :

Station 1 = Hotel mahal
Station 2 = Hotel sederhana
Station 3 = Hotel murah

Kami duduk kat station 2. Tempatnya strategik dan lebih happening waktu malam..lagipun kat tengah2..hehe


Our hotel =)


Pukul 7 kami pun sampai la kat hotel. Setelah sesat sebab driver tu tak tahu hotel tu kat mane, jenuh cari..huhu

Urusan pembelian hotel ni dah diuruskan di Malaysia lagi. Family room utk 4 orang berharga RM 728/5 = 145.60..memandangkan kami ni berlima, terpaksalah tambah lagi. Rasa macam pelik pulak biasanya add on katil tapi dekat sini, add on katil lain, add on person lain..so, malas nak ckp banyak kami add on person je la dengan harga 400 peso untuk satu malam, untuk 3 malam 1200 peso..ditambah pulak dengan breakfast yang berharga 150 peso sekali breakfast. Yang 4 orang lain dah included skali cuma nak tambah lagi sorang je. Breakfast 2 hari berharga 300 peso. Jd total add on person and breakfast adalah 1500 peso/5=300 peso seorang (RM26.80)

Malam tu, dalam pukul 8.30 malam kami keluar nak tengok apa yang patut..pihak hotel siap recommended person incharge nak buat aktiviti kt sana.. name beliau Jefry. Lepas cari2 yang mana sesuai, kami pun ambik private boat untuk island hopping. 4500 peso/5 = 900 peso (RM 83.70) untuk seorang. 

Dah siap pilih tu, kami keluar la nak jalan2 cari makan. Kami pergi kawasan D'Mall. Memang hidup sangat kawasan tu. Banyak la pelancong orang putih and korea. Nak tengok pelancong malay memang boleh kira la..ada la dalam 2 3 group. 


D' Mall







Kami nak cari restoran d74 tapi ada seller tu cakap da ditutup 2 bulan lepas, so kami pun makan je la kat Restoran Arab ni, Baharat Kabsa Steakhouse (Area D'Mall). Telan je walaupun kurang minat..hehe

Sebelum terlupa, tips untuk pergi boracay ni korang kena la bawak makanan sendiri. Kat sana susah nak cari makanan halal. Bawak la biskut, megi and brahim (lauk da siap cuma rendam air panas je) 

Dalam pukul 11 malam, kami pun gerak pulang ke hotel nak rehat2 untuk teruskan aktiviti keesokan harinya. 

Maka berakhirlah part 1 untuk Hello Boracay ni. Nanti hD cerita pulak kat entry lain ye. Assalamualaikum =)


*Korang boleh solat dalam flight tau sebab memang tak sempat solat kat hotel. Cara2 nak solat boleh tanya pak ustaz atau google je =)