Official hD17

Official hD17

Tuesday, February 2, 2016

Hello Boracay! (Part 3)

Assalamualaikum and hello semua =)

Untuk entry kali ini, hD nak cerita hari ke 3 kat Boracay..Macam biasa pukul 9 pagi kami breakfast sementara menunggu Paquito datang. Pagi tu cuaca agak mendung, so pantai pun tak brape cantik mcm hari sebelumnya..









Selesai breakfast, kami pun bergerak la menuju ke destinasi untuk aktiviti zipline and cable car. Tempat untuk aktiviti tu namenye Mount Luho. Nak sampai Mount Luho tu, kami naik tricycle. Transportation ni termasuk dalam pakej tu. 



Nak sampai ke Mount Luho ni memakan masa dalam 20 minit. Tapi entah mcm mane nasib kami tak brape baik hari tu, tetibe tayar pecah pulak haha..kami siap cakap, ni gara2 buat Paquito tunggu lama la mase breakfast tadi.. biasalah, janji melayuuu....

Oleh sebab tayar pecah, berjalan la kami naik bukit tu..selamat la dapat tengok panorama yang cantik sangattt =)



Tricycle 






Akhirnya, kami pun sampai la setelah 10 minit berjalan..Lepas Paquito buat pembayaran, kami pun dibawa ke tempat zipline. 

Kat sane, kami diberi pilihan sama ada nak buat gaya superman atau duduk je..tapi org tu ckp lebih selamat buat gaya superman. Sebab kalo buat duduk (macam flying fox) takut berpusing2 and tak biasa. 







Oleh sebab Syami and Lily ni berani, so diorang pergi dulu haha...serius masa tengok tu, seram sangat..tinggi kot! banyak kali baca doa..haha

Lepas diorang dah buat zipline tu, baru hD, Mariea and Dijah. Kalo takut nak buat sorang boleh buat berpasangan mcm hD and Mariea (Mariea tak nak buat sorang2 haha) 

Dah abis tu, kami semua naik cable car untuk balik ke tempat buat zipline tu. 




Zipline and cable car ni kejap je..dalam 10 minit setiap satu aktiviti..tapi berbaloi la.. Dah abis buat aktiviti tu, kami pun pulang dengan menaiki van..


With Paquito


Sebab awal lagi (masa tu pukul 11.15 pagi), kami pun berjalan sekitar station 2..







Dalam pukul 12, kami balik bilik untuk lunch dan rehat2 sementara nak keluar lagi petang tu. 

Lebih kurang pukul 4 petang, kami berjalan sekitar pantai menuju ke station 1. Perjalanan lebih kurang setengah jam (asyik berhenti tangkap gambar haha)









Willy's Rock, Station 1


Sambil berjalan2 tu, kami terjumpa fruitshake yg paling famous kat Boracay..




Banana Choco Vanilla (120 peso)




Jonah's Fruitshake ni memang famous la kat sekitar Boracay dan serius sangat sedap! So, kalo korang datang Boracay memang wajib minum fruitshake ni..

Best seller kat sini banana choco peanut, pineapple banana, banana mocha, watermelon, papaya lemon, mango banana..=)

Dah abis melepak minum fruitshake ni, kami balik ke station 2 sebab nak mandi kat area situ pulak. 



Wedding Beach, congrates J n S =)


Sambil mandi2 tu, kami sewa stand up paddle boat. 300 peso untuk 1 jam..macam kayak tapi berdiri..






Cantik kalau tangkap waktu tengahari


Masa kami mandi tu memang panas terik, tapi bila da masuk air tu hanya Allah sahaja yang tahu betapa sejuknya..

Lebih kurang sejam lebih mandi, matahari pun da terbenam kami pun balik semula ke hotel untuk siap2 nak keluar malam tu pulak. 

Pukul 8.30 malam kami keluar untuk dinner. Kami pergi area D'Talipapa. Kat sini boleh beli barang basah kat D'Market lepas tu dekat sekitar tu ada kedai untuk cooking service. 

Actually, better korang keluar awal sikit sebab masa kami sampai tu pun banyak kedai dah tutup. 










Menu kami malam tu :

1) Ikan kerapu masak sweet sour
2) Sayur Kangkong
3) Udang butter cheese (serius sedap) and masak sweet chillies sauce
4) Sotong sizzling

Memang terbaik la dinner malam tu. Harga semua sekali lebih kurang 500 peso sorang.

Lepas makan tu kami berjalan sekitar pantai menikmati malam terakhir di Boracay. 

Okay, abis untuk hari ke 3 di Boracay. Nanti hD sambung last day pulak =)















No comments:

Post a Comment