Official hD17

Official hD17

Sunday, July 26, 2015

~Trip to Krabi (Part 2)

Assalamualaikum,  maaflah da lame tak update blog ni..(acece macam la org dok tunggu..haha) bz, takde mood and laptop rosak..grr..oklah nak cerita hari kedua kat Krabi..

Memandangkan awal lg pagi tu, kami breakfast dulu..ada tanda halal kt kedai tu, boleh la makan (sila yakin)


Yang hD bulat kan tu tanda halal tau..



Nasi Kuning (my fav) and Nasi Kerabu 


Dah mengisi perut untuk menambahkan tenaga, kami pun meneruskan aktiviti kami..Tepat pukul 8.30, van pun sampai dan bermulalah perjalanan kami..

Perjalanan untuk sampai ke tempat Elephant Trekking telah mengambil masa hampir 1 jam..so excited tengok sekitar Thailand time tu =)


Menunggu ketibaan






Syok woo naik gajah, mmg best tp yg paling wat jantung dup dap dup dap tu masa nak trun bukit..gajah tu boleh pulak dok main2 grr..lupe pulak name gajah tu ape..haha.lepas da naik gajah, sbg tanda penghargaan boleh la bg gajah mkn..bese kat tmpat hD tu die jual pisang..

Lepas naik gajah tu, kami dihidangkan dgn pineapple and mineral water..yg ni trmasuk dlm package tau!

Da bersukaria dgn gajah, kami pun meneruskan perjalanan kami ke destinasi yg kedua iaitu Emerald Pool..da panas2 tu syok main air..hD suke sgt pegi EP ni sbb cantik kot..huhu



Best berendam kat sini..



Nak masuk ke Emerald Pool ni kena jalan kaki ke dalam skit around 10-15 minutes la..ok la dapat exercise skit..sini sape nak mandi ok je..tp hD n friends rendam2 kaki, main2 air je..=D


Lepas tu kami pegi ke destinasi yg terakhir iaitu Hot Stream..yg ni bg hD biasa2 je takde yg best pun..just jalan2 tgok pemandangan je..





Kat sini nak lapik perut kami beli air buah..sedap sebab fresh gilerrr..



Da lepas habis sume activity yg berharga 800 baht = RM80 ni, kami pun beransur pulang...so hD sampai ke hotel lebih kurang pukul 4.30pm..

Balik hotel kami berehat2 sebelum nak keluar balik petang tu...Lebih kurang pukul 6 kami pun keluar melawat sekitar Ao Nang dan hD pun berjumpa dgn kwn yg baru sampai ke Krabi hari tu..Maka bermulalah perjalanan kami seramai 6 org.. =D

Masa ni jugak kami cari package untuk ke Island, cari punya cari dapat la package ke Phi Phi Island yg berharga 1000 baht = RM100..yg ni lunch included..

So lepas kami jalan2 kat sekitar Ao Nang tetibe terdetik kat hati nak g Krabi Town..hasil perbincangan kami pun decide nak pegi Krabi Town naik Tuk2..Jenuh jugak la pujuk orang tu bg murah2 skit dan hasilnya kami dapat 900 baht=RM 90..di bahagikan dgn 6 org dapat la RM15 seorang..

Perjalanan kami ke Krabi Town mengambil masa dalam 30-40 minutes..So excited naik tuk2..dapat berangin syokk gilerr...



Yg depan tu kawan hD, Amin Aiman dan Kim




Posing dulu la..


Dekat sane, kami diberi masa selama 3jam untuk berjalan2 area situ..so kami pegi ke Night Market untuk meninjau2 ape yg patut =D




Wefie =)


Smile2..

Kat sini boleh beli souvenir..harga agak murah la berbanding dekat Ao Nang..kena pandai bargain skit..mulut kena manis..haha

Night Market kat sini hanya ada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad..so kalo korang pergi hari lain mmg takde lah jawabnye ye..

So da penat shopping sume2 tu, kami pun balik la ke Ao Nang..dan kami dinner kat Chaba Thai Kitchen, sape2 yg ade tgok crite Hatiku di Krabi lakonan Hisyam Hamid dan Liyana Jasmay tu, diorang shooting kat Chaba Thai Restaurant ni la..harga makanan kat situ standard la mcm kat Malaysia..seperti biasa tom yam jd pilihan...

Maka berakhirlah hari kedua di Krabi dan akan bersambung dalam next entry ye =D


*P/S: Masa kami tgkap gambar kt sini gune monopod, sume org pandang..pelik agaknye..masa ni monopod baru je muncul, so orang tak berapa tahu sgt  =D