Official hD17

Official hD17

Wednesday, April 30, 2014

~Trip to Krabi (Part 1)

Assalamualaikum n hello buddies =)

Tanggal 20 Mac 2014 bermulalah percutian hD ke Krabi.Percutian ni selama 4 hari 3 malam. Kami pergi ni dalam 4 orang . Harga tiket waktu kami beli dlm RM 350, kire ok la tu. Kami berlepas dari LCCT pukul 1.30 petang dan lebih kurang pukul 2.00 petang (waktu Thailand) kami sampai. Perjalanan kami dalam 1 jam 20 minit.


Muka2 excited kami (dari kiri hD, Dijah, Mariea dan Lily)


Nak gerak da..bye2 Malaysia =)


Setibanya kami di Krabi Airport, lepas setel sume2 dengan imigresen, kami bergegas cari transport untuk ke Miti Hotel. Harga boleh tengok kat bawah ye..


Sumber : Google


Hello Krabi!

Kami sume decide nak naik kereta. Kira ok la sbb 4 org kan. Harga dlm 600 baht = RM 60. Kalau nak lg murah boleh naik bus, anggaran dlm 150 baht. Tapi satu la, makan masa..

Perjalanan dari airport ke Ao Nang makan masa dalam 35 minit dan kira2 pukul 4.00 petang kami sampai Miti Resort.



Miti Resort ni kami booking dekat Agoda.com, (so pada sape2 nak booking hotel, boleh ke Agoda.com ye). Kami booking Family room yang boleh muat dalam 3 org.Sorang kena bayar dalam RM 170.Ingtkan boleh lah tmbh lagi sorg, skali diorang cas.Kami kena tmbah katil. So, terpaksa lah tambah RM40=400 baht untuk 1 malam. Diorang ni strict dekat tourist sebenarnya. So, pd sape2 nak booking hotel, korang kena tgoklah berapa org dlm 1 bilik. Kalo diorang cakap satu bilik untuk 2 org, janganlah nak muatkan 4 orang, nanti tak pasal2 kena tambah duit mcm kami ni.


Bilik kami, nice la...tp yg xsyok, hancur harapan nk tgok tuala berbentuk gajah..huhu


Dalam 1 jam kami rehat, kami decide nak berjalan2 sekitar Ao Nang untuk makan dan mencari pakej untuk aktiviti darat... Sebenarnye, xjauh pun hotel kami ke pekan Ao Nang, tp bese lah simpan tenaga punye pasal, kami naik motor nie..hehe




Pemandangan atas motor



Ni dia! Masa kami naik dalam 20 baht=RM 2 seorang..tp harga ikut org yg bawak..





Sightseeing..





Motor untuk disewa




Bahasa Malaysia di Krabi..Awesome!



Selfie dulu ye




Antara tanda peringatan di Krabi

Sambil jalan, kami singgah di kedai yg jual pancake dan fruit shake.


Gambar pancake kredit to Amin Aiman


Pastu, kami mkn di Lemon Restaurant. Restoran ni adalah antara restoran yang di cadangkan oleh pelancong2 yg pernah datang Krabi..(tak caya? try baca blog lain). Kat sini jgn risau, kalau restoran tu ada tanda halal, memang dijamin! makanlah dengan rase yakin ye..


Macam biasa kami order tomyam.. delicious habaq anggg!


Lepas tu, kami truskan misi kami dgn mencari pakej untuk membuat aktiviti darat.. Kami dapat dalam 800 baht. Dalam pakej tersebut ada Elephant Trekking, Emerald Pool dan Hot Stream (kalo pandai bargain lg best)


Dan kami mencuci mata sambil berjalan di sekitar pantai Ao Nang...


Posing jap..hihihi


Subhanallah 



Model2





Walking Street 


Kalau nak shopping apa2, boleh pergi ke 7 Eleven..kat sini da kira mcm syurga 7 Eleven. Yg syoknya kat sini, harga lebih murah berbanding kat Malaysia..tu yg rambang mata sampaikan setiap 7 Eleven yang kami nampak kat Ao Nang tu kami masuk =D



Ratu 7 Eleven

Lepas puas shopping, kami balik ke hotel naik transportation yg same. Bila da malam, harga pun makin naik. Dalam 100 baht utk 1 motor tu.(yang sebenarnya, kami buat muka blur je masa dia mintak lebih tu..buat2 tak paham, agaknya malas nak cakap banyak, org yg bawak tu mintak 100 baht je.. so anda2 sume belajarlah buat muka blur ye...hahah) Itulah saja untuk first day di Krabi..nanti hD sambung utk hari2 seterusnya.. =D

Sunday, April 20, 2014

~Percutian ke Indonesia (Part 6)

Assalamualaikum! Akhirnya, last part untuk Percutian ke Indonesia..hari terakhir ni, kami bangun seawal pagi untuk mengejar flight kami yg akan berlepas pukul 1130 pagi..



Nmpak tak barang2 kami tu? 







Keberangkatan







Makan!! (yang kiri bawah tu namanya Bakso Malang..hihi)







Nampak tak, reason kadang2 flight delayed..sbbnye kena tunggu giliran (so jgn bising2 ye)


Bye2 Indonesia..Jumpa lg ye :)


Diawan biru...cantikk

Kami tiba dalam pukul 2.30 waktu Malaysia. Pengalaman bercuti di Indonesia (Jakarta n Bandung) adalah pengalaman yg menyeronokkan..Bandung merupakan syurga membeli belah, bawak duit lebih2 skit nak g shoppimg tu..hihi..Till we meet again! xoxo :)

*Ok, boleh wat blog pasal Krabi pulak ye :)



~Percutian ke Indonesia (Part 5)

Assalamualaikum..Dah masuk ari yg ke 5..hari terakhir di Bandung before balik ke Jakarta..masa ni just sightseeing sekeliling Bandung wat kali terakhir (pada masa ni je,lpas ni g lg :P ) dan beli la ape2 yg patut.. Sebelum tu, mcm biasa isi perut dl :)



American breakfast n traditional breakfast




Breakfast ni, amik lah brapa banyak yg anda nk mkn..memandangkan ari ni ari org bekerja, makanan nye x meriah mcm weekend..kalau weekend diorang buat cara buffet.masa tu makanan jgn ckp la, bnyak kot! yg ni diorang datang n nak tnya makan ape.Pastu kami pergi ke Kartika Sari..










Jumpa AA counter, barang da overload..90 kg kami pre booked..



Macarons (start mkn ni hD da jatuh hati dgn Macarons ) 
yang coklat tu sedap!


Yg ni best seller..serius sedap :)

Pastu, kami singgah beli perfume, memang murah dan ori (sory takde gambar)..Sementara Hendra nak amik kek yg kami tempah, kami pergi ke sekitar pekan Bandung..Banyak la kedai berjenama yg murah seperti Donatello dan etc. Rambang mata, tp sbab duit da abis, tgok je la.haha


Cantik2 kasutnya...rugi2!



Sebelum balik, kami makan kat restoran Pak Chi Met. Sedap makanan kat sini :)


Tom Yam tu sangat sedap..



Lepas makan, kami beransur pulang ke Jakarta..perjalanan lebih kurang 3 jam. Sampai pun malam n its time to rest sebelum nak bergerak awal pg esoknya..

Jumpa lagi!