Official hD17

Official hD17

Thursday, March 2, 2017

Memories in Bali (Part 1)

Assalamualaikum =)

Entah kenapa asyik tertangguh2 je nak buat blog ke Bali ni..ok lah hD nak cerita pasal holiday ke Bali ni.. Holiday ni kami pergi pada 14 hingga 17 September 2016 (4days 3 nights) bersama family seramai 7 orang termasuk hD.. Untuk pengetahuan, waktu di Bali sama sahaja di Malaysia, cuma terang dan gelap tu awal sikit macam kat Sabah 😊

Ticket kami beli seawal bulan 3..pegi MATTA Fair sbb nak tengok ticket murah la tapi mahal jugak..last2 decide cari je sendiri...so kami dapat ticket untuk sorang pergi balik lebih kurang RM 400 (Pergi naik MALINDO,balik AIR ASIA) Pada hD, kalo dapat ticket ke Bali around harga tu,kira dah ok la...


Pukul 2 bergerak ke Putrajaya Sentral,park kereta dekat situ..harga ERL dalam RM 9.40 sehala untuk seorang..





Naik ERL lebih kurang 20 minit..sampai sana kami buat relax la sebab dah web check in kan, sekali kena check in kat kaunter pulak...sudahhh!!! Sebab first time naik Malindo kan...selesai check in dan luggage sekali, kami pun siap2 masuk ke tempat menunggu..


Flight delayed pulak tapi takde la lama sangat..dalam 20 minit...So, kami bertolak pukul 4.55 petang dan sampai Bali pukul 8.00 malam..


Yang best nya naik Malindo, ada sediakan makanan berat tapi ada 2 je pilihan..nasi beriyani ayam dan nasi goreng vegetable (tak sempat nak tgkap gmbr sebab lapar sgt)




KLIA





Tak tahu apa tapi memang cantik



Sampai sana, kami dijemput oleh supir yang bernama BUDI..Sangat terkenal dikalangan orang Malaysia sebab supir MUSLIM..Tips untuk berjalan ni, kalau pergi bercuti dengan family tambah2 kalau bawak parents or anak kecil, better la amik Supir ni sebab nak memudahkan perjalanan.. Bloggers suggested Pak Isme (+62 813-3861-4174) or (+62 878 6145 4277) 

Harga supir RM 270 for 7pax/4days..harga agak murah selepas survey =)




Kerja pertama BUDI =D

Dari airport ke hotel lebih kurang 15 minit je tapi sempat singgah beli dinner..



Singgah beli dinner kat KFC





Dah sampai hotel iaitu Wina Holiday Villa Hotel, kami check in dan berehat2 untuk aktiviti esoknya..Kami ambil 3 bilik hotel bersamaan RM1530 untuk 3 malam..so, harga satu bilik hotel dalam RM170 untuk semalam..

Oklah, sampai sini hari pertama bercuti di Bali, nanti hD sambung lagi untuk next day..tq sudi baca =)

Tips hD***Dekat Bali ni, banyak je hotel yang best2..daripada murah hinggalah mahal..hD pilih hotel ni atas beberapa sebab iaitu :

1) Hotel terletak di Jalan Pantai Kuta

2) Boleh breakfast dengan aman dan yakin sebab diorang ada halal cert issued by MUI (Majelis Ulama' Indonesia)
3)Dekat dengan mall (Beachwalk Mall) untuk shopping dan makan2
4)Walking distance to Hard Rock
5)Boleh lepak2 kat area Pantai Kuta, boleh smpai sekali kat Pantai Legian (makan jagung.minum air kelapa,sunbath tepi pantai dan etc lah)


 



 

No comments:

Post a Comment