Ok sambungan untuk hari ke 2 pulak..seawal pukul 8 pagi,kami breakfast di hotel..alhamdulillah, tak payah susah2 nak cari makan..tak makan takut jadi singa nanti 😁😁
Tapi seeloknya, kalau nak pergi mana2 haruslah breakfast..baru ada tenaga sikit sepanjang hari..
Kami bertolak dari hotel pukul 9.30 pagi. Destinasi pertama kami adalah Pura Ulun Danu Bratan,Bedugul..Untuk pengetahuan, tempat ni agak sejuk sikit..Perjalanan lebih kurang 2 jam dari hotel..Ia antara salah satu destinasi wajib kalau anda datang ke Bali..
Pura Ulun Danu Bratan ni merupakan water temple di Tasik Bratan..Ada juga temple lain disekitarnya..Nak penerangan lebih lanjut bolehlah google haha..Untuk foreigner Fee Rp. 30k (kami dpt local fee Rp. 20k selepas berlakon menjadi org sana 😄)
Dalam sejam kami disini, kami pun bergerak untuk lunch..kat Bali ni biasanya memang banyak la Babi guling, so memang kena study sikit la sebelum nak holiday tu..tapi kalau korang guna servis Pak Isme ni insyaAllah takde masalah nak cari makanan halal..Kami makan di Rumah Makan Taliwang As-Siddiq..
Dah kenyang perut tu, kami bergerak ke Pasar Candi Kuning..kat area situ jual buah2 dan souvenir..kat sini kene hati2 sikit..kalau penjual tu dok offer buah suruh makan, tak payah la makan..hD dah terkena..😢😠
hD tak tangkap pun gambar kat sini sebab sakit hati..so pinjam google punya je..huuu
Ihsan Google..TQVM
Pukul 2pm kami bergerak dan sampai di Krisna pukul 4pm..Krisna merupakan tempat shopping..macam2 la ada, baju, beg,makanan dan etc lah...harga kat sini pun murah...nak beli souvenir, better beli dekat sini..rambang mata kat sini termasuklah hD haha
Nak share, kat Krisna ni ada satu makanan namanya pie susu..memang sedap..so kalau pegi sini, bolehlah cuba..highly recommended!
Ihsan Google..
Pukul 5.30pm dah abis shopping, kami pun bergerak balik ke hotel.. Dalam pukul 7.30pm, kami keluar nak cari makan..masa ni parents tak ikut, so keluar adik beradik je laahh...
Kami pergi area Beachwalk Shopping Mall..kat sini hanya jual barang branded sahaja..harga nya agk murah berbanding di Malaysia, boleh jimat dalam RM 40-50 (read: selected items yg hD survey) dan design pun ada yang tak masuk Malaysia..hD suka pergi sini sebab boleh cuci mata hahah
Lepas cuci2 mata, kami pun cari tempat makan..kami makan di Bangi Kopitiam..
Jangan makan kat sini pulak haha
Dah abis jalan2 area situ, kami pun bergerak balik..lupa diri dok pusing2 area Beachwalk Mall tu padahal parents tak makan lagi..ampun mak abah huuu
So, tamatlah untuk hari ke 2 di Bali....hD sambung hari seterusnya pulak nanti ye...thank you sudi baca 😊
**Patutnya kami pergi Jatiluwih, tempat penanaman padi yang cantik tapi sebab jalan nak kesana ditutup, tak dapatlah kami pergi..so pada sape2 yang pergi Bali, bolehlah masuk dalam list tempat wajib pergi 😊